Tuesday 21 June 2011

Pendidikan khas anak istimewa

KANAK-KANAK, walau dilahir dalam keadaan apa sekalipun, wajar diberi perlindungan dalam bentuk hak merangkumi pendidikan, makanan dan tempat tinggal yang bersesuaian bagi mereka meneruskan kehidupan mengikut lunas kemanusiaan.
Jika mereka mereka dilahirkan sempurna, ibu bapa beruntung kerana anak mungkin mudah menerima didikan dan tidak perlu penjagaan yang lebih. Namun, jika anak yang dilahirkan, istimewa, pastinya mereka akan tetap dihargai dan ditatang bagai minyak yang penuh.
Anak istimewa ini tidak boleh dihantar ke sekolah pendidikan biasa, sebaliknya mereka wajar didedahkan dengan pendidikan khas yang mampu membantu mereka membesar dan menguruskan hidup dengan sempurna walaupun dilahirkan dengan pelbagai kekurangan. 

Rumah Persatuan Kanak-kanak Istimewa Ampang (SCSOA) umpamanya menjadi tumpuan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa bagi mendapatkan didikan sempurna. 

Presiden SCSOA, Christine Wong, berkata rumah itu kini dikunjungi lebih 60 individu istimewa berusia 3 tahun hingga 30 tahun bagi dilatih untuk membolehkan mereka memiliki kemahiran hidup. 

Bermula kira-kira 12 tahun lalu dengan lima kali pertukaran alamat, SCSOA bermula dengan tiga keluarga dan tiga kanak-kanak yang menyewa di rumah teres. Semuanya perlu dipinjam dan setiap tahun jumlah kanak-kanak bertambah,” katanya pada majlis pelancaran rumah berkenaan yang baru, disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini. 
Hadir sama, Penaung SCSOA, Tengku Puteri Nor Zehan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj; Tengku Panglima Perlis, Tan Sri Syed Anuar Jamalullail; Duta Kemboja, Norodom Arunrasmy dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi. 

Wong berkata, SCSOA kini boleh berbangga dengan rumah berkenaan, yang dibeli hasil sumbangan orang ramai. 

Sekali pun masih banyak kelengkapan yang diperlukan, SCSOA boleh berbangga kerana menerima bantuan tenaga dan kewangan daripada sukarelawan, termasuk dari luar negara serta penuntut institusi pengajian tinggi. 

“Kami mengalu-alukan kedatangan sukarelawan yang ingin memberikan khidmat kepada kanak-kanak di rumah berkenaan bagi terapi percakapan, terapi tugasan, fisioterapi, psikologi pembelajaran dan ahli psikiatri. 

“Kehadiran sukarelawan ini boleh membantu golongan istimewa ini. Mereka boleh menolong kanak-kanak yang menghuni di rumah ini mengenal pasti potensi yang ada dalam diri sekali gus membolehkan mereka berdikari,” katanya. 

1 comment:

  1. Good sharing, Special Children Society of Ampang (SCSOA) is a centre that cares for children with special needs to equip them with the skills necessary to be a part of society, see detail at:
    http://kidbuxblog.com/ronald-mcdonald-sensory-room-heightens-the-senses-of-the-developmentally-challenged/





    Best Regards,
    Your favorite Split Queen Box Springs or split queen box spring bedframe selection.

    ReplyDelete