Wednesday, 11 May 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kuala Lipis Di SK Wan Ibrahim

Seramai 10 orang pelajar telah menyertai kejohanan olahraga yang bertempat di SK Wan Ibrahim. . Pasukan PPKI SMKOKH menunjukkan prestasi yang baik. Ramai diantaranya telah terpilih untuk mewakili daerah Kuala Lipis ke peringkat Negeri di Mini Stadium Bandar Jengka Pusat pada 25 May ini. Syabas peserta kita. Majulah Sukan Untuk PPKI SMKOKH!!!!!

 Taklimat dan kata-kata aluan oleh Guru Besar SK Wan Ibrahim (berdiri) dan GPK Pend. Khas SK Wan Ibrahim, En. Mohd Bi bin Mohd Samsuri.

Antara guru-guru dari PPKI seluruh Kuala Lipis sedang kusyuk mendengar taklimat sebelum bermulanya acara.

 Yamin, Syed dan Safirul sedang membincangkan strategi terakhir sebelum acara bermula. Manakala Mizi pula membuat regangan ringkas untuk bertarung dengan pelajar cikgu Fadzli disebelahnya. Sukir pula sedang memberikan tekanan kepada peserta dari Smk Benta.

Gelagat cikgu dan anak murid dari SK Teluk Gunung. Beginilah ragam dunia pendidikan khas, banyak pengalaman yang melucukan dapat dikongsi bersama.  

 Para peserta dan guru yang menyaksikan kejohanan tersebut.Tahniah kepada penganjur yang menjayakan kejohanan ini dengan baik.

Mizi dalam acara lompat jauh telah menampakkan kesungguhan untuk menjadi juara. Kelihatan pula dibelakang Didi sedang memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakannya.

 Sarika hanya tersenyum untuk melakukan acara lompat jauh dan berjaya menempatkan diri untuk ke peringkat negeri di Maran nanti.Syabas.
 Walaupun tidak memenangi acara tersebut, Safirul tetap tersenyum dan memberikan saingan sengit kepada peserta yang lain.

 Mariana OOO Mariana!!! Gelagat insan istimewa ini mampu mencuri perhatian kepada para hadirin yang datang. Tidak kering gusi kami melihat dia menari dan menyanyi.

Syam memulakan lontaran yang pertama. Mizi menutup muka takut akan gegaran yang bakal berlaku.

Acara bergambar beramai-ramai antara para guru, PPM dan pelajar yang terlibat dalam kejohanan ini.

 Orang kuat PPKI daerah Kuala Lipis.

 Para guru, PPM dan peserta dari PPKI SMKOKH. Kami pulang dengan banyak kejayaan yang diperolehi.

Tuesday, 10 May 2011

Hasil Pertanian PPKI SMKOKH berhasil lagi.

 Kacang yang sudah mula berbunga. Tak lama lagi kacang PPKI SMKOKH akan berada di pasaran sekolah.

Mizi dan Cikgu Liza sedang menuai hasil kangkung.

Syed dan Savilla sedang menimbang kangkung untuk dijual kepada warga SMKOKH.

Penat Tapi Bersemangat

Aktiviti hari ini boleh dikatakan agak penuh. Pada awal pagi kesemua pelajar PPKI SMKOKH turun ke padang bagi menjalani latihan intensif untuk persediaan ke kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat daerah di SK Wan Ibrahim pada 12/5/2011.

 Aktiviti dimulakan dengan stretching yang diketuai oleh Mizi. (Kelihatan seperti Syed dan Wong begitu bersungguh-sungguh dengan senaman yg dijalankan)

 Safirul, Awi dan Mizi di petak permulaan. ( Wong sedang berkongsi teknik-teknik bagi acara tersebut bersama rakan-rakan yang lain)

 Acara yang masih lagi dipertimbangankan oleh Majlis Olahraga Kebangsaan. Savilla dan Sarika dengan aksi baru tersebut.

 Antara dif-dif terhormat yang hadir. Dari kiri Dato' Fifi, Tun Asraf dan Tan Sri Helmi.

Syed begitu bersemangat dengan balingan yang meyakinkan. 

Gaya seorang atlit yang bakal menggegarkan SK Wan Ibrahim hari esok.

Wednesday, 4 May 2011

Pantang Kalah Sebelum Bertanding

"Pantang Kalah Sebelum Bertanding" begitulah pepatah yang dikaitkan dengan sepasukan pemain badminton PPKI SMKOKH yang bertandang ke SMK Benta untuk pertandingan badminton tertutup PPKI. Terdapat 4 buah sekolah menyertai pertandingan ini (SMKOKH, SMK Benta, SMK Koyan dan SMK Tengku Kudin). Sekolah kita telah berjaya mendapat tempat ketiga dimana pemain-pemainnya (Mizi, Awin, Sham, Syed, Yamin, Sarika, Savila dan Sakinah) telah menunjukkan kesungguhan bersaing yang hebat. Ini membuktikan pelajar-pelajar PPKI SMKOKH mampu bersaing dalam apa-apa jua pertandingan.TAHNIAH.

 Antara guru-guru dan PPM yang mengiringi para pemain.

 Pasukan lelaki PPKI SMKOKH yang sedang menunggu untuk memulakan pertarungan.

Awin dan Savila bergandingan dalam acara beregu campuran. Di sudut tepi dewan kelihatan Syed dan Yamin berbincang untuk mengatur strategi perlawanan. 

 Sakinah telah diimport oleh SMK Sg. Koyan kerana kekurangan pemain.

 Syam dan Sarika sedang bertarung dengan bimbingan latihan oleh Cikgu Fadilah dan Cikgu Liza.

 Antara tetamu kehormat yang datang diantaranya ialah Pengetua SMK Benta.

 Walaupun keletihan namun semangat kesukanan tetap membara dihati para peserta.

 Bergambar beramai-ramai diantara guru-guru dan peserta yang bertanding.

Tahniah para pemain PPKI SMKOKH dengan kejayaan yang diperolehi.

Wednesday, 27 April 2011

Pada hari ini PPKI SMKOKH dan PPKI SMK Benta sekali lagi telah menjalankan aktiviti riadah di luar sekolah bertempat di Taman Rekresai Terenggun, Kuala Lipis. Seramai 20 orang pelajar dan 8 orang guru terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada En. Yusof ( wakil dari IPTAA) kerana sudi meminjamkan 5 buah kayak. Diantara aktiviti yang dijalankan termasuklah " Water Confident", Berkayak dan BBQ sesama peserta. Penerangan dan tunjuk ajar Cikgu Fadzli banyak membantu pelajar tentang tatacara menggunakan kayak dan menghormati alam sekitar.

Kesibukan para guru dan PPMmenyediakan persiapan aktiviti.

BBQ sebagai santapan pagi dan tengahari.

Penerapan disiplin sebelum acara bermula.

Antara pasukan BBQ yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan ( Pn. Elly, Pn. Fadilah, En. Rizam)

Syed dengan kelengkapan keselamatan

En Fadzli menerangkan sesuatu kepada Didi

En. Fadzli membuat demonstrasi "Water Confident" kepada para pelajar.

En. Lee Ah Wong (GPK HEM, SMK Benta) yang sudi melawat aktiviti yang dijalankan disamping menjamu selera dengan santapan BBQ kami. 

Yamin dan Syed 

Awin