Wednesday 25 May 2011

Latihan Nasyid 1 Malaysia 1 Ummah.

 Antara pelajar yang terpilih untuk mewakili kumpulan nasyid PPKI SMKOKH ke pertandingan peringkat daerah yang akan diadakan selepas cuti pertengahan tahun nanti. Cikgu Liza dan Cikgu Mahani begitu berkobar-kobar membimbing pelajar yang  begitu bersemangat. (Savilla dan Sarika adalah anchor dalam kumpulan ini, kelihatan Sukir cuba menilai tahap kemerduan suara Mizi) ( Uzir begitu asyik mendengar nasyid yang dinyayikan oleh rakan yang lain)

 Mempersembahkan kumpulan nasyid An Nur dengan lagunya ..........? Sakinah terduduk sambil menghafal lirik. Wong sangat terhibur dengan nyayian yang lunak merdu sambil Helmi cuba menggayakan gerakan nasyid  
tersebut.
 Walaupun Wong tidak mengambil bahagian tetapi sokongan moral tetap diberikan kepada rakan-rakan. 

Uzir berkaca mata hitam sambil menyanyikan lagu Wali Band. (PPKI SMKOKH tidak berani menonjolkan Uzir ke pertandingan nasyid peringkat daerah kerana bakat luar  biasa yang dimilikinya.) ( Ingat Mati.....ingat ...antara lirik yang sentiasa diulang semasa latihan berlangsung)

Uzir sedang menilai mutu suara dan tempo bagi kumpulan nasyidnya. Banyak komen yang diberikan bertujuan membantu rakannya memenangi pertandingan nasyid nanti.

No comments:

Post a Comment