Sunday 29 May 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2011 Di Kompleks Sukan MSN di Bandar Pusat Jengka

Awi dan Mizi sabar menunggu giliran untuk berentap dengan peserta dari daerah lain. Baju oren kontijen PPKI Lipis telah ditaja oleh orang perseorangan yang sangat perihatin dengan segala program yang dijayakan oleh PPKI, semoga beliau sentiasa dilimpahi berkat dan rezeki, amin.

Persiapan akhir Cikgu Liza kepada anak didiknya dengan harapan membawa pulang kejayaan dan kenangan manis apabila kembali ke Lipis nanti. Sarika, Savilla dan Sakina dengan aksi masing2 sebelum acara bermula.

Berdebar-debar sebelum bertarung, gabungan PPKI SK dan SMK daerah Lipis bakal memberi saingan yang mantap lagi hebat kepada para peserta yang lain.

Awi mengetuai stretching pagi supaya tidak berlaku sebarang kecederaan semasa memulakan acara.

Agak serius Mizi hari ini. (mungkin ingin menampakkan espresi ganas kepada peserta lain)


Pengurus, ketua kontijen dan guru pengiring yang banyak membantu kontijen Lipis di kejohan ini. Dari kiri Cikgu Liza (SMKOKH), Cikgu Nasir (SK Sg. Ko









Savila merangkul pingat emas bagi acara lompat jauh kategori perempuan senior.

Lambaian emas dari Savila.

Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta sedang memeriksa barisan kontijen Lipis.


Tahniah kepada Savilla kerana dipilih sebagai Olahragawati Bagi Kategori Perempuan Senior.

No comments:

Post a Comment