Hari ini sebahagian dari pelajar kumpulan A, B dan C turun ke kebun PPKI untuk melakukan pelbagai aktiviti perkebunan termasuk menuai, membersih, menyiram, membancuh air baja dan menyelenggara tanaman. Pelbagai gelagat dapat dilihat dan apa yang penting sekali ialah kemahiran dan sifat bekerjasama antara pelajar dapat dipupuk.
Fifi dengan duit belanjanya( tak sabar nak ke kantin agaknya) tapi kerja dikebun tetap disiapkannya.
Hasil sulung kacang panjang, semua pelajar dah tak sabar nak merasa hasil tanaman mereka.
Hasil cili fertigasi juga bersaing untuk mengeluarkan buah. Pelajar dah tak sabar memetik.
Mizi sedang menyelenggara pokok ulam raja.
Didi, Syam, Mizi dan Helmi sedang mencabut rumput yang bersaing dengan ulam raja. (Didi dengan bangganya mencabut pokok ulam raja yang disangkanya rumput)
Yamin melakukan rutin hariannya, menyembur air ke anak pokok tetapi malangnya anak-anak pokok itu mati hampir kesemuanya. ( Anak benih fasa kedua bakal mengganti anak pokok tersebut).
Didi sememangnya patut dianugerahkan petani moden 2011. Tak pernah kenal erti letih, biarpun badan berpeluh tetapi demi kebunnya segala kerja perlu diselesaikan segera.
Dengan sopannya Fifi menuai kangkung. ( sapu tangan yang tak lekang ditangan, mungkin nak lap kangkung yang dikutip)
Syed tanpa banyak soal membersihkan kawasan sekitar kebun. Arahan guru sentiasa dipatuhi.
Didi dan Helmi membuat persediaan membancuh baja A dan B bagi pokok cili fertigasi. (Kata Didi, "rajinnye, rajinye baru smart sikit")
Didi nampaknya sangat mahir membancuh baja. (macam bancuh sirap katanya)
No comments:
Post a Comment